Friday, January 7, 2011

Daun Kari




Nama saintifik : Murraya koenigii (L.) Spreng
Famili : Rutaceae
Nama lain : Daun kari, Karipulei, curry leaf (English)
Jenis : Pokok kecil
Pembiakan: Biji, anak benih dari akar
Keperluan Pertumbuhan : Memerlukan kawasan yang mempuyai saliran yang baik, subur dengan kandungan bahan organik yang tinggi.
Moforlogi : Batang pokoknya kelihatan tidak begitu lurus dan dahannya banyak yang bercabang-cabang. Berdaun majmuk dan anak daunnya kecil berbentuk seperti hati tetapi agak memanjang sedikit yang berukuran 2.5-5 cm panjang dan 0.5-2.5 cm lebar dan ianya bergerigi halus pada tepinya. Daunnya beraroma apabila ia diramas. Manakala bunganya pula kecil dan berwarna putih. Buahnya pula berbentuk agak bulat dan berwarna hijau ketika muda dan berwarna kekuningan dan hitam ketika masak.
Kegunaan : Daun kari terkenal bagi masyarakat India dan ia tidak hanya digunakan dalam masakan kari tetapi dalam masakan lain seperti rasam, chutney , murukku dan sebagainya. Daun kari biasanya digunakan untuk memberi aroma dalam masakan dan biasanya diletakkan diakhir proses masakan. Selain itu, ia juga boleh digunakan di awal proses masakan iaitu semasa menumis bersama bawang merah dan bawang putih bagi masakan sayur. 
Catatan :

Sunday, January 2, 2011

Halia Bara



Nama saintifik : Zingiber minor / Z. officinale var. rubrum
Famili : Zingiberaceae
Nama lain : Halia merah, rubrum theilade (English)
Jenis : Renek berbatang lembut
Pembiakan: Potongan rizom
Keperluan Pertumbuhan : Memerlukan tanah yang subur, saliran yang baik dan bahan organik yang tinggi.  Memerlukan air yang banyak.
Moforlogi : Pokok herba ini menyerupai seperti halia biasa. Cuma berbeza dari segi saiznya yang lebih kecil. Daun halia bara juga lebih tirus dan rizom tidak sebesar halia biasa serta berwarna merah tua. Baunya lebih kuat.
Kegunaan : Rasanya hampir sama dengan halia biasa, pedas dan beraroma dan banyak digunakan dalam pelbagai resepi masakan seperti singgan dan asam pedas, kari dan masak kurma. Halia bara juga ditumbuk halus bersama bawang merah dan bawang putih, kemudian ia dilumurkan pada daging atau ayam untuk digoreng. Seperti halia biasa juga ia dikatakan mampu menghilangkan bau dan hanyir ikan atau daging. Ia boleh dijadikan air minuman seperti ale dan bir.
Catatan :