Monday, October 21, 2013

Halia


Nama saintifik :  Zingiber officinale
Famili : Zingiberaceae
Nama lain : Halia Pedas, Halia Cina, Ginger (English)
Jenis : Renek berbatang lembut
Pembiakan: Keratan rhizome
Keperluan Pertumbuhan : Halia ini pada dasarnya amat sesuai ditanam ditanah tinggi yang berhawa dingin. Ia juga ditanam ditanah pamah tetapi rizomnya kurang besar berbanding dengan yang ditanam ditanah tinggi. Halia memerlukan kelembapan yang tinggi dan cahaya matahari yang banyak.
Moforlogi :  Bentuk daunnya adalah runcing hingga kehujung sepanjang 5-.25 cm dan selebar 1-3 cm. Berwarna hijau tua pada permukaan atas dan warna hijau pucat pada permukaan bawah. Rizom halia yang berserat ini didapati berdiameter 2-3.5 cm dan kulitnya berwarna kuning pucat dan isinya putih kekuningan. Ianya beraroma apabila diramas.
Kegunaan : Rasanya yang pedas dan beraroma menjadikan masakan lebih menyelerakan jika digunakan dalam pelbagai resepi masakan seperti singgan, asam pedas, kari, masak kurma dan sayur-sayuran. Selain dijadikan sebagai ramuan rempah perasa dalam masakan, halia juga boleh digunakan untuk menghilangkan bau dan hanyir ikan atau daging.
Catatan :

No comments:

Post a Comment