Sunday, October 27, 2013

Kandis




Nama saintifik : Garcinia cowa
Famili : Guttiferae
Nama lain :Kandis gajah, kandis gagak, Cowa Mangosteen (English)
Jenis : Pokok besar
Pembiakan : Biji
Keperluan Pertumbuhan :  Memerlukan kawasan yang lembab, subur dan mempunyai saliran yang baik.
Moforlogi : Ia mempunyai daun yang berbentuk agak bulat (panjangnya 8-12cm dan lebar 3.5-7cm), tebal, berkilat dan berwarna hijau tua. Bunganya terbahagi kepada bunga jantan dan bunga betina. Bagi bunga jantan ia tumbuh berjambak pada ranting dan terdapat 4-12 kuntum dalam satu jambak. Bunga betina pula mempunyai 2-8 kuntum pada hujung ranting, berukuran 10-12 mm diameter dan bahagian dalamnya berwarna kuning dan juga kemerahan. Buahnya yang mempunyai panjang 5-7cm dan lebar 5-6cm kelihatan seperti buah gelugur (berlobus 6-8) dan ianya berwarna kuning begitu juga dengan isinya. Getah yang dikeluarkan pula berwarna kuning juga.
Kegunaan dalam masakan : Isi buahnya sesuai dijadikan sayuran dan dikatakan dapat menghilangkan bau dan hanyir ikan. Daun muda sering dijadikan ulam dan ramuan dalam resepi masakan seperti laksa, asam pedas dan gulai ikan air tawar. Kegunaan asam kandis adalah sama dengan kegunaan asam gelugur.
Catatan :

No comments:

Post a Comment