Monday, October 21, 2013

Kunyit

Nama saintifik : Cucurma longa
Famili : Zingirberaceae
Nama lain : Kunyit makan, temu kunyit, temu kuning
Jenis : Kunyit makan, temu kunyit, temu kuning
Pembiakan: Rhizomes
Keperluan Pertumbuhan : Pokok herba berizom ini memerlukan kawasan yang agak teduh dan tanah yang agak lembab serta bersaliran baik. Masyarakat kini sering menanamnya disekitar rumah dan didalam pasu. Ini kerana ia dibiakkan dengan kaedah belahan rumpun dan juga dengan menanam rizomnya yang telah bertunas.
Moforlogi : Kunyit merupakan sejenis pokok herba berizom setinggi 30-90 cm dan ianya berumpun. Ia mempunyai daun yang lebar dan meruncing dihujung dengan berukuran panjangnya 10-15 cm dan lebar 5-7 cm dan berwarna hijau muda atau keputihan. Bunganya pula keluar secara tunggal dengan warna putih dan bahagian tengahnya berwarna kekuningan. Diameter bagi rizomnya adalah 1-2 cm dengan kulitnya berwarna kuning pucat dan isinya berwarna oren agak pekat.
Kegunaan : Air perahan rizom dijadikan sebagai pewarna dalam sesetengah makanan seperti gulai, asam pedas dan sebagainya. Rizom juga boleh ditumbuk dan digunakan dalam masakan bergoreng seperti ikan, ayam dan juga daging. Bunga kunyitnya boleh dimakan sebagai ulam manakala daunnya  pula digunakan sebagai bahan pewangi untuk memberi rasa dan aroma kepada masakan seperti rendang dan nasi goreng.  Daunnya juga sering diguna dalam masakan sebagai pembalut ikan bakar. Kunyit juga boleh didapati di pasaran dalam bentuk serbuk kering.
Catatan :

No comments:

Post a Comment