Tuesday, January 18, 2011

Asam Gelugur




Nama saintifik : Garcinia atroviridis
Famili : Guttiferea
Nama lain : Asam keping, sour Garcinia (English)
Jenis : Pokok besar
Pembiakan: Biji
Keperluan Pertumbuhan :
Moforlogi : Daunnya berbentuk tirus (panjangnya 12-30cm dan lebarnya 3-7cm), berkilat, licin dan berwarna kemerahan ketika muda dan hijau tua apabila matang. Bunga terbentuk secara tunggal dan mempunyai 4 - 5 kelopak.  Kelopak bunga berwarna putih kuning, merah atau kuning, dan ianya berbunga secara tunggal
Kegunaan : Secara tradisi, asam gelugur banyak digunakan dalam masakan Melayu, terutamannya dalam masakan seperti singgan, laksa dan asam pedas. Buahnya dihiris kecil, kemudiannya dijemur kering dan dimasukkan ke dalam masakan tersebut. Buahnya yang kering juga boleh digunakan untuk menghilangkan hanyir ikan dan ayam. Daun mudanya pula boleh dijadikan ulam. Kini asam gelugur juga dijadikan dalam bentuk minuman kordial.  Tanaman banyak digunakan dalam perubatan tradisional Melayu
Catatan :

Monday, January 17, 2011

Kantan




Nama saintifik : Etlingera elatior
Famili : Zingiberaceae
Nama lain : Torch Ginger, ginger flower
Jenis : Renek berbatang lembut
Pembiakan: Potongan rizom
Keperluan Pertumbuhan : Ia memerlukan tanah yang agak lembab dan elok pengairannya.
Moforlogi : Pokok herba yang beraroma tersendiri ini mempunyai rumpun yang besar, batang yang tegak, dihujungnya melengkung dan ketinggiannya 3-5 m. Daunnya berukuran 30-90cm panjang dan lebarnya 10-15cm, berbentuk tirus dan tajam. Ia tumbuh secara selang-seli dan permukaan bawahnya berwarna keunguan dan permukaan atas berwarna hijau berkilat. Buahnya berbentuk globus dan mempunyai biji yang kecil.
Kegunaan : Bunga kantan selalunya digunakan dalam masakan tradisional seperti nasi kerabu. Bunganya juga turut dijadikan bahan perencah yang penting terutamnya untuk laksa dan masakan asam pedas serta sebagai penyedap rasa dalam masakan tom yam dan lontong. Buahnya yang muda sesuai dijadikan ulam dan boleh juga digunakan untuk menghasilkan rasa masam dalam masakan seperti gulai ikan menggantikan asam keping atau asam jawa. Kantan juga dikatakan dapat menghilangkan bau dan hanyir ikan.
Catatan : 

Cili Burung



Nama saintifik : Capsicum frutescens
Famili : Solanaceae
Nama lain : Cabai Burung, Cili Padi, birds pepper (English)
Jenis : Renek berbatang lembut
Pembiakan: Biji
Keperluan Pertumbuhan : Media pertumbuhan hendaklah mempunyai saliran yang baik, subur dan mengandungi bahan organik yang tinggi.
Moforlogi :  Batangnya pula yang berdiameter kira-kira 1cm itu kelihatan agak lurus dan bercabang banyak. Daunnya terdapat dalam pelbagai bentuk dan kebiasaannya bentuk hati tetapi agak melonjong sedikit dengan panjangnya 3-10cm dan lebar 2-6cm. Pokok ini mempunyai bunga yang kecil, berwarna putih dan ianya tumbuh secara tunggal. Buahnya pula kecil, meruncing dan berbentuk seperti tanduk, berukuran kira-kira 2-3cm panjang. Ia berwarna hijau ketika muda dan menjadi merah ketika masak.
Kegunaan : Memasak pelbagai jenis masakan. Banyak digunakan dalam perubatan tradisional.
Catatan :

Saturday, January 15, 2011

Belimbung Buluh


Nama saintifik : Averrhoa bilimbi
Famili : Oxalidaceae
Nama lain : Bilimbi, cucumber tree, tree cucumber, tree sorrel
Jenis : Pokok kecil
Pembiakan: Biji, tut
Keperluan Pertumbuhan : Tanah yang mempunyai saliran yang baik, subur dan mengandungi bahan organik yang tinggi.
Moforlogi : berbatang tegak dengan warna perang kehitaman. Daunnya berwarna hijau muda dan berbentuk seperti bulu burung dengan 10-20 anak daun. Ia mengeluarkan bunga yang berwarna merah keunguan, ianya halus tetapi banyak dan tumbuh pada pangkal batang atau dahan yang telah tua. Buahnya yang berjus (rasanya masam) kelihatan berbentuk silinder dengan ukuran diameternya 1.5-2 cm dengan warna hijau tua atau kekuningan (bergantung kepada varieti).
Kegunaan : Buah belimbing buluh yang matang dijadikan sambal, jeruk dan acar masak. Ia juga boleh digunakan sebagai ramuan dalam masakan seperti kari, asam pedas dan masak lemak, gulai ikan air tawar serta udang dan ketam. Perahan air buahnya sering kali diguna untuk menghilangkan bau dan hanyir ikan. Juga digunakan untuk perubatan
Catatan :

Saturday, January 8, 2011

Gajus



Nama saintifik : Anacardium occidentale
Famili : Anacardiaceae
Nama lain : Ketereh, jambu golok, cashew
Jenis : Pokok kecil
Pembiakan: Biji
Keperluan Pertumbuhan : Boleh tumbuh dengan baik dikawasan yang berpasir seperti tanah dipersisiran pantai.
Moforlogi : Merupakan pokok tumbuh menegak dengan ketinggiannya boleh mencecah sehingga 5 m. Daunnya yang berbentuk bujur adalah daun majmuk dengan anak daun sekitar 24 helai. Bunganya yang berwarna putih akan bertukar menjadi warna merah muda. Manakala buahnya pula berwarna hijau dan menjadi kekuningan apabila masak dengan bentuknya seperti buah pir (bujur) dan bijinya terkeluar pada hujung buah.
Kegunaan : Pucuk muda boleh dibuat sebagai ulaman dan juga dibuat kerabu. Biji buah gajus yang digoreng atau dipanggang adalah sejenis makanan ringan yang boleh didapati di pasaran. Ia juga boleh digunakan sebagai ramuan masakan seperti nasi minyak dan juga nasi beriani. Selain itu biji gajus juga boleh dijadikan ramuan untuk membuat kuih muih, biskut, dan juga kek. Dalam perubatan tradisional, gajus atau di Kelantan lebih dikenali sebagai ketereh ini mempunyai khasiat yang tersendiri. Ia lazimnya digunakan untuk tujuan menjarangkan anak yang mana kulit, batang dan akarnya digunakan. Bagi merawat cirit-birit pula, caranya adalah dengan merebus daun tumbuhan ini dan kemudiannya diminum. Selain itu, ia juga boleh digunakan untuk merawat melecur, mempunyai khasiat membersihkan darah serta dapat menyembuhkan penyakit kulit. Air rebusan batangnya dikatakan dapat mengubati penyakit kencing manis.
Catatan :