Friday, January 7, 2011

Daun Kari




Nama saintifik : Murraya koenigii (L.) Spreng
Famili : Rutaceae
Nama lain : Daun kari, Karipulei, curry leaf (English)
Jenis : Pokok kecil
Pembiakan: Biji, anak benih dari akar
Keperluan Pertumbuhan : Memerlukan kawasan yang mempuyai saliran yang baik, subur dengan kandungan bahan organik yang tinggi.
Moforlogi : Batang pokoknya kelihatan tidak begitu lurus dan dahannya banyak yang bercabang-cabang. Berdaun majmuk dan anak daunnya kecil berbentuk seperti hati tetapi agak memanjang sedikit yang berukuran 2.5-5 cm panjang dan 0.5-2.5 cm lebar dan ianya bergerigi halus pada tepinya. Daunnya beraroma apabila ia diramas. Manakala bunganya pula kecil dan berwarna putih. Buahnya pula berbentuk agak bulat dan berwarna hijau ketika muda dan berwarna kekuningan dan hitam ketika masak.
Kegunaan : Daun kari terkenal bagi masyarakat India dan ia tidak hanya digunakan dalam masakan kari tetapi dalam masakan lain seperti rasam, chutney , murukku dan sebagainya. Daun kari biasanya digunakan untuk memberi aroma dalam masakan dan biasanya diletakkan diakhir proses masakan. Selain itu, ia juga boleh digunakan di awal proses masakan iaitu semasa menumis bersama bawang merah dan bawang putih bagi masakan sayur. 
Catatan :

No comments:

Post a Comment