Sunday, October 27, 2013

Kandis




Nama saintifik : Garcinia cowa
Famili : Guttiferae
Nama lain :Kandis gajah, kandis gagak, Cowa Mangosteen (English)
Jenis : Pokok besar
Pembiakan : Biji
Keperluan Pertumbuhan :  Memerlukan kawasan yang lembab, subur dan mempunyai saliran yang baik.
Moforlogi : Ia mempunyai daun yang berbentuk agak bulat (panjangnya 8-12cm dan lebar 3.5-7cm), tebal, berkilat dan berwarna hijau tua. Bunganya terbahagi kepada bunga jantan dan bunga betina. Bagi bunga jantan ia tumbuh berjambak pada ranting dan terdapat 4-12 kuntum dalam satu jambak. Bunga betina pula mempunyai 2-8 kuntum pada hujung ranting, berukuran 10-12 mm diameter dan bahagian dalamnya berwarna kuning dan juga kemerahan. Buahnya yang mempunyai panjang 5-7cm dan lebar 5-6cm kelihatan seperti buah gelugur (berlobus 6-8) dan ianya berwarna kuning begitu juga dengan isinya. Getah yang dikeluarkan pula berwarna kuning juga.
Kegunaan dalam masakan : Isi buahnya sesuai dijadikan sayuran dan dikatakan dapat menghilangkan bau dan hanyir ikan. Daun muda sering dijadikan ulam dan ramuan dalam resepi masakan seperti laksa, asam pedas dan gulai ikan air tawar. Kegunaan asam kandis adalah sama dengan kegunaan asam gelugur.
Catatan :

Thursday, October 24, 2013

Kayu Manis


Nama saintifik : Cinnamomum zeylanicum
Nama lain : Medang Kemangi
Famili : Lauraceae
Jenis : Pokok Kecil
Pembiakan: Biji
Keperluan Pertumbuhan : Pokok ini boleh hidup dalam pelbagai jenis tanah asalkan mempunyai saliran yang baik.
Moforlogi : Mempunyai daun yang berbentuk bulat iaitu 5-15cm panjang dan 3-8cm lebar. Dan ianya berwarna kemerahan ketika muda dan menjadi warna hijau apabila tua. Keseluruhan pokok ini didapati mengeluarkan aroma. Ia menghasilkan bunga berwarna putih susu yang kecil dalam kuantiti yang banyak dan buahnya pula berbentuk bujur (panjangnya 1.5-2 cm) yang mana ia berbiji tunggal, berwarna hijau ketika muda dan apabila masak menjadi hitam.
Kegunaan : Kulit kayu manis sangat terkenal sebagai ramuan rempah dengan mengeringkan kulitnya dan dimasukkan dalam pelbagai jenis masakan terutamanya masakan seperti kari, masakan berasaskan daging dan ayam masak kurma. Bau kulitnya memang menyelerakan masakan. Selain digunakan dengan cara mengeringkan kulitnya, ia juga boleh diproses menjadi minyak dan sesuai digunakan dalam makanan, minyak wangi dan juga ubat-ubatan.
Catatan : Untuk masa sekarang ia sering ditanam sebagai tanaman hiasan.

Monday, October 21, 2013

Kucai


Nama saintifik :
Famili :
Nama lain :
Jenis :
Pembiakan:
Keperluan Pertumbuhan :
Moforlogi :
Kegunaan :
Catatan :

Kesum



Nama saintifik :
Famili :
Nama lain :
Jenis :
Pembiakan:
Keperluan Pertumbuhan :
Moforlogi :
Kegunaan :
Catatan :